HAKIKAT MELAKSANAKAN
SOLAT (QS Al-Baqarah, 2: 3)
Surah Al-Baqarah ayat 3
maksudnya
3.(Iaitu) mereka yang beriman
kepada yang ghaib, mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang
Kami berikan kepada mereka,
Tafsir Ibnu Kasir
Yang dimaksudkan dengan {…melaksanakan solat…} adalah
mendirikan solat dengan menunaikan
fardu-fardunya. Ad-Dahak berkata,daripada Ibnu Abbas r.a, yang
dimaksudkan dengan {…melaksanakan
solat...} adalah semprna rukuk, sujud, bacaan, kekhusyukan dan
sempurnanya menghadap kiblat. Qatadah
berkata, yang dimaksud {…melaksanakan solat…} adalah menjaga waktu-waktunya,wuduknya, rukuknya dan
sujudnya. Muqatil bin Hayyan berkata, {…melaksanakan solat…} adalah menjaga
waktu –waktunya, menyempurnakan wuduknya, bacaan al-Quran, tasyahud dan selawat
kepada Nabi SAW, inilah yang dimaksudkan melaksanakan atau mendirikan solat.
Ibnu Kasir berkata, “Dalam banyak ayat al-Quran, sering kali
Allah SWT menggandingkan solat dan sedekah di dalamnya, hal itu tiada lain
kerana solat semata-mata adalah hak Allah dan persembahan seorang hamba untuk
beribadah kepada-Nya. Solat termasuk sebagai bentuk pengesaan dan dan sanjungan
seorang hamba terhadap-Nya, pengagungan dan penghambaan hamba kepada-Nya, doa
dan tawakal seorang hamba kepada-Nya.Sedangkan infak adalah persembahan
kebaikan terhadap sesame makhluk dengan memberikan manfaat kepada mereka
seboleh yang mungkin.Orang-orang yang lebih utama untuk mendapatkan adalah kaum
kerabat, keluarga, hamba sahaya dan yang lain-lain”.
Pengertian solat dalam kalangan orang-orang Arab
maknanya adalah doa, kemudian solat
digunakan dalam pengertian syariat yang bererti rukuk, sujud dan
gerakan-gerakan lain pada waktu yang sudah ditentukan, dengan syarat yangharus
dipenuhi, begitu juga sifat dan jenis-jenisnya. (Ibnu Kasir, Tafsirul Qur’ani’I
Azimi, Jilid 1, 1421 H/2000M: 269-271).
Hadis Nabawi
Daripada Muaz bin Jabal r.a., dia
berkata, “Saya pernah bersama Nabi SAW dalam satu perjalanan. Suatu pagi, saya
berada dekat dengan baginda saya berkata, “wahai rasulullah, khabarkanlah
kepadaku suatu amal yang akan memasukkanku ke dalam syurgadan menjauhkanku dari
neraka.” Baginda menjawab , “Kamu telah menanyakanku tentan perkara besar,
walaupun sesungguhnya ia merupakan perkara ringan bagi orang yang telah Allah
jadikan ringan baginya, amalan itu adalah kamu beribadah kepada Allah dan tidak
menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun, mendirikan solat, menunaikan zakat,
bepuasa di bulan Ramadhan , kemudian menunaikan haji ke baitullah”. Lantas Baginda bersabda, ‘mahukah kamu aku
tunjukkan pada pintu-pintu kebaikan?
Amalan itu adalah puasa,puasa adalah perisai,sedekah akan menghapuskan
kesalahan sebagaimana air memadamkan api, dan solat seorang lelaki pada
pengtengahan malam. “Lantas baginda bersabda lagi, ‘Mahukah kamu aku tunjukkan
pokok agama, tiangnya dan puncaknya?”Aku menjawab, ‘Ya, wahai rasulullah.”
Baginda bersabda, ‘Pokok agama adalah islam, tiangnya adalah solat, sedangkan
puncaknya adalah jihad.’” (Hadis Riwayat At-Tirmizi, Sunan At-Tirmizi, Juz 5,
No, Hadis, 2616, 1397 H / 1977 M: 11-12
Bagus Yusuf!
ReplyDelete