KETEGUHAN NABI SAW DALAM BERDAKWAH (QS Al-Baqarah, 2:6-7)

Surah Al-Baqarah ayat 6-7 maksudnya:
6.Sesungguhnya orang-orang kafir, sama sahaja bagi mereka, sama ada engkau (Muhammad) memberikan peringatan atau tidak kepada mereka, mereka tidak akan beriman.
7.Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka akan mendapat azab yang berat.

Sirah Nabawi

Dakwah yang dilakukan Nabi SAW secara terang-terangan ditentang dan ditolak oleh kaum Quraisy,dengan alasan bahawa mereka tidak dapat meninggalkan agama yang telah mereka warisi daripada nenek moyang mereka yang sudah menjadi sebahagian daripada tradisi kehidupan mereka.
Pada ketika itulah Rasulullah SAW mengingatkan mereka akan perlunya membebaskan akal dan fikiran mereka yang belenggu taklid. Selanjutnya dijelaskan olah Nabi SAW bahawa tuhan-tuhan yang mereka sembah itu tidak dapat memberi manfaat atau menolak bahaya sama sekali.Tradisi nenek moyang dalam menyembah tuhan-tuhan itu tidak dapat dijadikan kuat untuk diikuti,kerana itu adalah taklid buta. Firman Allah di dalam ayat lain menggambarkan bagaimana jawapan mereka kerasnya penentangan mereka, {Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Marilah (mengikuti) apa yang diturunkan Allah dan (mengikuti) Rasul. “Mereka menjawab,”Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati daripada nenek moyang kami (melakukannya). “Apakah (mereka akan mengikuti) juga nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak (pula) mendapat petunjuk?} (Surah al-Ma’idah, 5:104).Ketika Nabi SAW mencela tuhan-tuhan mereka, membodohkan mimpi-mimpi mereka, dan mengecam tindakan taqlid buta kepada nenek moyang mereka dalam menyembah berhala, mereka menentangnya dan bersepakat untuk memusuhinya, kecuali bapa saudaranya yang bernama Abu Talib yang membelanya. (Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buty , Fiqhus Sirati , 1990: 72-73).


Comments

Post a Comment